selangkah mendekati kematian
Semalam pergi, hari baru datang. itu tanda kita menghampiri kepada kematian. Ada orang yang Tuhan sudah panggil awal dari kita. Tetapi hari ini Tuhan memberi nafas baru untuk kita terus membuka mata hati kita melihat dunia. Sungguhpun orang-orang buta itu, Tuhan masih membuka mata hati mereka untuk terus melihat dunia mereka sendiri. Entah, kita tak tahu apakah dunia mereka lebih bahagia dari dunia kita.
Sekadar hidup tanpa ada perasaan kasih, tiada erti kehidupan itu. Bahkan Tuhan sendiri kasih pada makhluknya dan tuhan juga murka pada makhluknya. Dunia menjadi pentas untuk manusia memilih antara dua darjat iaitu mulia dan hina. Orang-orang yang mahu meletakkan diri mereka berada pada darjat yang mulia adalah orang-orang yang sentiasa merasakan hidup mereka tidak sempurna lalu mereka tunduk dan sujud pada yang Maha Esa. Ertinya, pintu maksiat itu sudah ditutup serapat-rapat mungkin apatah lagi untuk membukanya apabila diketuk dan di panggil.
Rugi orang-orang yang mahu meletakkan dirinya menjadi hina. Akhirat bukan tempat untuk menyesal, akhirat adalah hari pembalasan.
Rugi orang-orang yang mahu meletakkan dirinya menjadi hina. Akhirat bukan tempat untuk menyesal, akhirat adalah hari pembalasan.




0 ulasan:
Catat Ulasan